Pilihan raya kecil DUN Chempaka 2015 Chempaka

Pada 18 Februari 2015, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka pada 22 Mac 2015 manakala penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac 2015.

Pada PRU13, Nik Abdul Aziz (Pas) menang dengan majoriti 6,500 undi menewaskan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak. Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Dun Chempaka dilihat sebagai kubu kuat Pas sejak PRU9 pada 1995 selepas Mursyidul Am Pas itu bertanding di kawasan berkenaan. Sejak 1967 lagi Nik Aziz telah bertanding di kawasan itu.[1]

Sehingga 12 Februari 2015, Dun Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara. [2]